Terma Penggunaan
Dikemas kini pada 18 November 2026.
Dengan menggunakan Kalendar Kuda, pengguna bersetuju dengan terma berikut.
Ketepatan tarikh
Tarikh cuti umum, cuti sekolah, tarikh Hijri dan tarikh gaji dalam Kalendar Kuda diambil daripada sumber rasmi kerajaan. Tarikh perayaan yang bergantung pada anak bulan dan cuti yang diumumkan kemudian boleh berubah. Pengguna dinasihatkan supaya mengesahkan tarikh dengan majikan atau pengumuman rasmi sebelum memohon cuti atau membuat tempahan.
Cadangan cuti
Cadangan dalam Rancang AL dikira berdasarkan negeri, hari rehat mingguan dan baki AL yang dimasukkan oleh pengguna. Kelulusan cuti tertakluk kepada majikan masing-masing.
Langganan Premium
Premium ialah langganan yang diperbaharui secara automatik pada akhir setiap tempoh sehingga dibatalkan. Pembatalan dan bayaran balik diuruskan melalui Google Play atau App Store, mengikut dasar Google Play atau App Store.
Pautan pihak ketiga
Kalendar Kuda mengandungi pautan affiliate ke laman tempahan pihak ketiga. Harga, ketersediaan dan syarat tempahan ditentukan oleh laman tersebut.
Had tanggungan
Kalendar Kuda disediakan seadanya tanpa sebarang jaminan. Purple Compass Digital tidak bertanggungjawab atas kerugian yang timbul daripada perubahan tarikh rasmi atau keputusan yang dibuat berdasarkan maklumat dalam aplikasi ini.
Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.