Dasar Privasi
Dikemas kini pada 18 November 2026.
Kalendar Kuda ialah aplikasi dan laman web kalendar Malaysia yang dikendalikan oleh Purple Compass Digital. Dasar ini menerangkan maklumat yang digunakan oleh Kalendar Kuda dan tujuan penggunaannya.
Maklumat yang disimpan dalam peranti
Kalendar Kuda tidak memerlukan pendaftaran akaun. Negeri yang dipilih, hari rehat mingguan, baki AL dan cuti yang disimpan hanya berada dalam telefon atau browser pengguna. Maklumat ini tidak dihantar kepada kami dan akan terpadam apabila aplikasi dibuang.
Maklumat yang dihantar kepada kami
Apabila ciri Ajak Kawan digunakan, kami menyimpan kod ajakan dan satu nombor rawak bagi aplikasi yang dipasang pada telefon pengguna supaya ganjaran dapat diberikan kepada pengguna yang betul. Rekod ini disimpan selama dua belas bulan selepas kali terakhir ciri ini digunakan, kemudian dipadam. Alamat IP tidak disimpan. Bagi menyekat penyalahgunaan, satu kod yang dijana daripada alamat IP disimpan selama dua jam sahaja, dan alamat IP tidak dapat diperoleh semula daripada kod itu.
Jika anda menghantar maklum balas, mesej itu bersama versi app, negeri dan tarikh yang berkaitan akan disimpan di server kami supaya data cuti dan app boleh diperbaiki. Jangan masukkan nama, nombor telefon atau maklumat peribadi lain dalam mesej.
Laman web dan perkhidmatan kami dihoskan oleh Cloudflare. Seperti kebanyakan laman web, server Cloudflare merekodkan alamat IP dan jenis browser untuk tujuan keselamatan.
Pembelian
Langganan Premium diuruskan sepenuhnya oleh Google Play atau App Store. Kami tidak menerima nombor kad atau maklumat pembayaran pengguna.
Pengukuran iklan
Aplikasi ini mungkin menggunakan alat pengukuran daripada Meta dan TikTok untuk mengetahui berapa ramai pengguna memasang Kalendar Kuda selepas melihat iklan. Alat ini mungkin menerima ID iklan telefon. Pengguna boleh menetapkan semula atau mematikan ID iklan itu dalam Settings telefon.
Pautan affiliate
Bahagian idea percutian mengandungi pautan affiliate ke laman tempahan pihak ketiga. Kalendar Kuda mungkin menerima komisen apabila tempahan dibuat melalui pautan itu, dan laman berkenaan mempunyai dasar privasi sendiri.
Kanak-kanak
Kalendar Kuda disasarkan kepada pengguna dewasa dan tidak mengumpul maklumat kanak-kanak dengan sengaja.
Hubungi kami
Sebarang pertanyaan atau permintaan pemadaman rekod Ajak Kawan boleh dihantar kepada [email protected].